Header Ads

Breaking News
recent

Zaman Kita Ialah Zaman Excident (Pengalaman)


Excident..
Dengan teknology yang kita ada sekarang..
mungkin kita tidak tahu..
Kita hidup pada zaman teknology yang risiko excidentnya 
semakin tinggi setiap hari..

Salah siapakah sebnarnya?
Minggu lepas Kali kedua aku menyaksikan org excident motor dalam keadaan nazak..
Darah mengalir dari kepala dan telinga si Mangsa..
Tarikan dan hembusan nafas di tarik dan dilepaskan dengan amat panjang
Munkinkah Ajalnya sudah amat terlalu dekat sekarang..
Dimana Rohnya dan Perasaannya Ketika itu..
Datang satu orang cuba mentalqin kannya..
Aku cuba dengar apakah yang di talqilkan oleh orang itu kepada si mangsa
Ashhaduallailahaillalah..
Ashhaduallailahaillalah..
Ashhaduallailahaillalah..
Aku cuba membetulkan org yang mentalqin kepada si mangsa..
Ku rapatkan bibirku ke telinga Si Talqin untuk berbisik..
 "Assalamualaikum Bro,Talqin Lailahaillah
Jangan Berhenti sampai Ambulan Sampai"
Alhamdulillah Sahabat tadi yang sedang talqinkan si mangsa ikut apa yang ku sampaikan..

Aku cuba perhatikan mangsa mungkin berumur bawah dari aku..
Dalam Hatiku Sebak.. Allah Taala Hampir Memanggilnya..
Moga Dia berada dalam org2 yang Allah Taala Redho..

Terdetik dalam hati aku seketika..
Sudah cukupkah Amalan-amalan aku..??
Sudah Bertaubatkah Aku dengan dosa-dosaku dan Kesalahanku..??
Sudah Ingatkah aku Dengan Hafalan Al Quran Ku

Ya Allah Jngan kau Ambil Nyawaku dengan musibah ini Ya Allah
Peliharalah Kami dari Musibah Excident ini Ya Allah
Kerna Ku takut Dengan Mati Yang mengejut Begitu Ya Allah
Panjangkanlah Umur Kami Ya Allah
Aminn..

Follow Sini

Google+ Followers

Powered by Blogger.