Header Ads

Breaking News
recent

7 Jemaah haji Cedera ribut,hujan lebat di mina Arafah


MEKAH 10 Okt. - Tujuh jemaah haji cedera apabila khemah-khemah runtuh dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda Mina dan Arafah semalam.
Kesemua mangsa dikejarkan ke hospital di kota suci ini, lapor portal berita Arab News.
Dalam pada itu, jurucakap pertahanan awam, Kolonel Abdullah Al-Harthi mengesahkan pihaknya telah menerima amaran daripada jabatan meteorologi dan alam sekitar mengenai ramalan hujan lebat di kawasan Mekah dan tindakan menanganinya sedang diambil.
Tindakan itu, katanya, termasuklah menempatkan lebih ramai pasukan penyelamat dan juga menyampaikan makluman awal kepada orang ramai mengenai keadaan cuaca yang tidak stabi. - ARAB NEWS


Follow Sini

Google+ Followers

Powered by Blogger.