Header Ads

Breaking News
recent

Cerai Talak 3 Selepas 3 jam Kahwin

TINGGAL KENANGAN... Cincin perkahwinan yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada Sasha.


BALIK PULAU – Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini Ahad lalu.
Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau.
“Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu.
“Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga,” ujarnya menahan sebak.

Sumber : kosmo.com.my


Aqufarysa : Macam tak percaya , tapi ini lah hakikat sebenarnya.
Jodoh juga boleh jadi 3jam sahaja. Pastinya pahit, tapi terpaksa juga terima dengan pasrah
Doa ialah senjata bagi kita kawan-kawan. Jadi Jangan lah lupa untuk berdoa supaya di kekalkan
Jodoh kita hingga ke akhir hayat, jika ia terjadi juga, itu mungkin ada hikmah dan dugaan untuk kite
kerna Allah memberikan ujian pada hamba-Nya untuk melihat apakah hambanya akan kembali kepadanya
Wallahu-alam

Follow Sini

Google+ Followers

Powered by Blogger.