Header Ads

Breaking News
recent

'Finale' pantai timur

PEMAIN Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar cuba mengasak pemain Pahang dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri Kuching.
Kuching: Keupayaan pemain Pahang menyerap tekanan beraksi di depan 22, 000 penyokong tegar Sarawak membolehkan mereka mengiringi Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia.
Keputusan seri 1-1 pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Sarawak di Stadium Negeri sebentar tadi sudah cukup melayakkan skuad Tok Gajah dengan aggregat 4-2 .Sarawak yang dilihat lebih menguasai perlawanan banyak mencipta peluang dan hasilnya gol pertama hadir pada minit ke 31 apabila Bobby Gonzales menanduk sempurna hantaran Joseph Kalang Tie. 

Beraksi di depan penyokong sendiri ternyata memberi tonik kepada anak buah Robert Alberts, namun mereka dikejutkan dengan jaringan Fauzi Roslan yang mendapat sentuhan pertama sebaik dimasukkan pada minit ke 73 yang memberi kelebihan kepada Pahang.

Sumber : hmetro.com.my

Aqufarysa : Tahniah buat pemain Tok Gajah yang layak ke akhir piala Malaysia

Harap satu hari nanti melaka juga boleh ke akhir piala malaysia
Kami orang melaka akan setia menunggu kebangkitan melaka united yang di jangka akan memberi saingan 2 atau 3 tahun akan datang, Setelah mafa di ambil alih oelh MB melaka Datuk Idris Harun, dan penasihat Datuk Kim Swee,Kami harap melaka akan memberikan saingan seperti di zaman Kegemilangan melaka terdahulu.. Melaka United ~hhehehe~

Follow Sini

Google+ Followers

Powered by Blogger.