Header Ads

Breaking News
recent

Kasanova menyamar sebagai DATUK SERI lolos


GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang sedang memburu seorang kasanova selepas meloloskan diri dari Mahkamah Sesyen di sini, petang semalam.

    
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pada kejadian pukul 2 petang itu suspek, Prabaharan Kesavan, 45, dalam perjalanan pulang ke Penjara Pulau Pinang selepas menjalani sebutan kes peringkat akhir di Mahkamah Cameron Highlands pada Selasa lepas.
    
"Ketika dalam perjalanan ke penjara, anggota yang mengiring Orang Kena Tuduh (OKT) itu menerima panggilan dari seorang pegawai kanan polis meminta lelaki itu dibawa  ke biliknya dengan alasan untuk soal siasat satu lagi kes ugutan," katanya kepada  pemberita di sini hari ini.
    
Beliau berkata pegawai kanan wanita berpangkat ASP itu telah ditahan kerana  dipercayai telah membantu OKT itu melarikan diri.
    
Abdul Rahim berkata wanita itu direman hari ini bagi membantu sisatan mengikut Seksyen Seksyen 223, Seksyen 224 dan 225 Kanun Keseksaan kerana cuai menjalankan tugas.



Katanya suspek yang mempunyai lebih 10 pertuduhan kes penipuan di sekitar negeri Pulau Pinang, Perak, Johor dan Kedah itu ditahan pada Januari lepas kerana memperdaya wanita dengan menyamar sebagai 'Datuk Seri' dan doktor.
    
Abdul Rahim berkata suspek dengan ketinggian 165 sentimeter, mempunyai berat badan 50kg serta berambut pendek dilihat pada kali terakhir memakai baju-T berkolar bulat warna ungu dan seluar pendek warna coklat.
    
Beliau berkata polis yakin lelaki yang beralamat terakhir di nombor 26 Taman Mas  Ipoh, Perak masih berada di Pulau Pinang dan Ops Tutup melibatkan seluruh laluan keluar masuk ke negeri ini telah dilaksanakan bagi mengesan suspek.
    
Abdul Rahim meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama


@sinarharian.com.my


Follow Sini

Google+ Followers

Powered by Blogger.