Mayat Perempuan 15tahun dalam beg pakaian

KLANG: Polis menemui mayat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak semalam, di tepi Jalan Kebun Nenas 1A/KS7, di sini, kira-kira 9 malam tadi.
Mayat mangsa ditemui dalam sebuah beg pakaian dipercayai dibuang pembunuhnya di lokasi berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata mayat mangsa ditemui selepas suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya oleh seorang lelaki, kira-kira 6.30 petang tadi.
Menurutnya, hasil soal siasat terhadap suspek berusia 23 tahun itu membawa polis ke tempat mayat mangsa dibuang..
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan luka dan pendarahan di bahagian kepala dan tangan mangsa.
"Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek di Kelana Jaya, lebih 12 jam, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau," katanya ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.
Katanya, sebelum mayatnya ditemui, mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya kira-kira jam 11 pagi semalam.
Mangsa kemudiannya dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga jam 12 tengah malam.
Beliau berkata, ibu mangsa yang bimbangkan keselamatan mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.
Menurutnya, suspek bekerja sebagai operator mesin dan mangsa yang baru selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu adalah kenalan dan dikatakan mengenali antara satu sama lain melalui internet beberapa bulan lalu.
Abdul Rahim berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya untuk bedah siasat.
Menurutnya, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sama ada mangsa dirogol suspek atau sebaliknya.
"Polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap suspek esok (hari ini) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui motif sebenar pembunuhan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh," katanya.

Sumber : Hmetro.com.my

Melaporkan Siapa mangsa yang Hilang dan Gambar Kecil
Mayat seorang budak perempuan dipercayai, Ng Yuk Tim ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian di Jalan Kebun Nenas Shah Alam pada 10 malam Selasa.
Mayat seorang budak perempuan dipercayai, Ng Yuk Tim ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian di Jalan Kebun Nenas Shah Alam pada 10 malam Selasa.
Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan budak perempuan, Ng Yuk Tim, berusia 15 tahun.
Lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Oetaling Jaya pada pukul 5 petang untuk disoal siasat.
Sekumpulan wartawan menunggu di IPD berkenaan untuk mendapatkan komen daripada pihak polis serta keluarga Ng sejak pukul 8 malam Selasa.
Sehingga kini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sama ada remaja berkenaan masih hidup atau sebaliknya.
Kali terakhir mereka berhubung dengan Yuk Tim, pada pukul 2.30 petang Isnin apabila dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya, mengajaknya keluar minum pada malam berkenaan.
Ibu Ng Yuk Tim menunjukkan gambar anaknya yang hilang.
Ibu Ng Yuk Tim menunjukkan gambar anaknya yang hilang.

Rakannya itu telah membalas SMS mangsa beberapa minit kemudian namun ia gagal diterima.
Remaja berkenaan meninggalkan rumahnya pada pukul 11 pagi Isnin untuk bersarapan dengan beberapa orang rakannya.
Sementara itu, satu mayat ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian di Jalan Kebun Nenas, Shah Alam pada pukul 10 malam, ia dipercayai mayat Yuk Tim.
Difahamkan suspek membantu pihak polis menjejaki tempat kejadian.

Sumber : huluselangor.net

AquFarysa : Dunia sekarang manusia telah hilang sifat kemanusiaan
entah kemana kasih sayang kita sesama manusia.. apatah lagi sesama islam
Benar sebenarnya sabda Rasullallah SAW lebih kurang maknanya "Tidak Sempurna iman seorg muslim jika tidak menyayangi saudaranya lebih dari menyayangi diri sendiri"
memang berat untuk menyayangi saudara kita lebih dari diri sendiri di zaman ini..

Post a Comment

0 Comments

Follow Sini