Syamsul mula bersuara selepas apa yang berlaku kepada filem KL Gangster 2




“TIADA istilah saya mahu membiarkan ayah (Datuk Yusof Haslam) berjuang bersendirian selepas apa yang berlaku kepada filem KL Gangster 2,” kata Syamsul Yusof, yang tampil buat kali pertama selepas kira-kira sebulan menyepikan diri apabila filem aksi arahannya menjadi mangsa rompakan digital paling teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Biarpun pada dasarnya, tanggungjawab terhadap filem berkenaan sudah pun selesai sebaik saja dia menyempurnakan judul itu, namun akui Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 dan ke-24 ini, dia akur peranannya juga penting dalam memastikan kejayaan naskhah terbabit di pasaran.
Justeru, selain usaha dilakukan penerbit serta pasukan promosi, dia juga cuba membantu menerusi caranya sendiri.

“Setiap hari saya mengikuti perkembangan industri, terutama perkembangan filem saya yang menjadi mangsa parasit tidak bertanggungjawab. Dalam masa yang samasaya ada hadir ke beberapa lokasi promosi bersama pelakon lain, cuma tiada media yang tahu.
“Ayah saya memahami situasi sedang saya hadapi. Apa pun saya lebih selesa membiarkan ayah bercakap mengenai isu ini kerana dialah penerbitnya dan lebih layak untuk mengulas mengenai perkara itu.
“Lagipun, apa yang dia perkatakan itu sama dengan apa yang ingin saya luahkan,” katanya kepada HIP, semalam, ketika mengulas tindakannya yang dikatakan menyepikan diri selepas musibah menimpa filem susulan arahannya itu. – Berita Harian

Post a Comment

0 Comments

Follow Sini