Incarnation of Money sinopsis


Drama nih ialah drama yang terbaik sekarang bagi aqu la, sedang ditayangkan di One Astro, 395, 393 HD,


Mengisahkan tentang kehidupan keluarga Lee Cha-don yang tersangat kaya,
tapi semua tu musnah di sebabkan kematian ayahnya yang sebenarnye dibunuh orang kanannya sendiri iaitu
Ji Se-gwang, yang sebenarnya ayah Lee Cha-don nih ada scandal dengan Model muda Eun Bi-ryeong,
Pasal scandal ni pulak, mak Lee Cha-don pon da tahu lama,ketika tu pulak Lee Cha-don masih berumur 15 tahun, mak Lee Cha-don  tak ada kuasa untuk membantah, walaupon
Pahit terpaksa ditelan, walaupon pedih terpaksa di tahan, sakitnya hati tak ada orang yg tahu kecuali anaknya, iaitu Lee Cha-don, yang selalu memerhatikan maknya dari jauh, 

Walaupon usianya masih muda, dia tahu betapa terseksanya perasaan maknya ketika itu, Semuanya berubah selepas kekasih gelap Ayah Lee Cha-don iaitu Eun Bi-ryeong berdua-duaan dengan orang kanannya Ji Se-gwang, perkara ni telah diketahui Ayah Lee Cha-don yang baru pulang dari amerika terus mahu melawat kekasih gelapnya tu, dalam diam dengan kemarahan dan kebencian terhadap org kanannya itu ,Ayah Lee Cha-don mahu membunuh musuh dalam selimut itu dengan menyuruh peguamnya yang paling dipercayainya iaitu Hwang Jang-sik untuk membunuh Ji Se-gwang, tetapi semuanya gagal disebabkan peguam yang paling dipercai Ayah Lee Cha-don itu kianat terhadap nya, dengan perancangan yang sempurna, dalam diam Ji Se-gwang telah menaruh Racun didalam ubat yang akan dibawa Mak Lee Cha-don Kepada Suaminya, Ji Se-gwang tahu Mak Lee Cha-don tersangat kecewa dengan suaminya disebabkan scandal suaminya itu bersama Eun Bi-ryeong, dan Mak Lee Cha-don juga tidak berapa senang setiap kali berjumpa dengan scandal suaminya iaitu Eun Bi-Ryeong, Maka kesemua rancangan itu telah berjaya, Ayah Lee Cha-don mati disebabkan racun itu, Manakala mak Lee Cha-don pula dipenjarakan dengan motif, kebencian dan kemarahan yang mengetahui suaminya mempunyai scandal, 



Kesemua harta Keluarga Lee Cha-don jatuh kedalam tangan scandalnya Eun Bi-ryoung, ia sememangnya tak masuk akal kerana kesemua harta itu jatuh ke dalam tangan scandal ayah Lee Cha-don tapi itulah hakikatnya, selepas mak lee Cha-don dipenjarakan dengan bukti yang kukuh, Lee Cha-don hilang arah dan orang yang boleh diharapkan nya cuma tinggal seorang iaitu Ji Se-gwang orang kanan ayahnya yang dianggap sebagai abangnya sendiri tanpa mengetahui apa yang berlaku hakikatnya yang sebenar, Apakah yang terjadi dengan Lee Cha-don? bagaimana pula dengan maknya yang telah dipenjarakan selama 15 tahun, saksikan drama hebat ini di Astro One HD 393, dan 395 tv biase setiap isnin hingga jumaat kalau x salah la, hehe dengar-dengar kesemuanya ada 24 episode, tengok jangan tak tengok ye, ^_^

Post a Comment

0 Comments

Follow Sini