Masej Elman Ganu ugut bunuh Piya

Kota Bharu: Selepas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menerima ugutan bunuh di Facebook September lalu, kini giliran kapten The Red Warriors (TRW), Mohd Badhri Radzi pula mendapat ugutan sama daripada seorang individu menerusi laman sosial itu, semalam. 





Mohd Badhri yang lebih mesra dengan panggilan Piya ketika dihubungi berkata, dia memandang serius berhubung ugutan berkenaan namun enggan memikirkannya kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap final Piala Malaysia yang akan berlangsung dua hari lagi. 

Katanya, dia menyokong dan akan bekerjasama sekiranya terdapat kelab penyokong mahu membuat laporan polis berhubung ugutan berkenaan. 


Buat laporan polis 

“Saya hanya tahu perkara ini selepas dimaklumkan oleh media. Tapi saya memandang serius perkara ini. Kita tidak boleh bermain-main dengan ugutan bunuh. Buat masa ini saya tidak sempat untuk membuat laporan polis kerana sibuk menjalani latihan," katanya semalam. 

Individu yang menggunakan akaun Facebook, Elman Ganu difahamkan menghantar mesej di dalam akaun milik Budok Juvana yang menghina pasukan Kelantan dan ugutan bunuh terhadap Mohd Badhri. 

Antara kandungan mesej Elman Ganu yang dihantar termasuk 'Aku akan upah orang bunuh Badhri Radzi' dan menggunakan perkataan lucah dan kesat terhadap rakyat Kelantan. 
Perkara berkenaan dianggap serius oleh penyokong TRW apabila Kelab Bantuan Kemasyarakatan Kelantan (KSBK) bertindak membuat laporan polis berhubung ugutan itu di Balai Polis Kota Bharu, di sini, semalam.   Sumber : 
bharian



Aqufarysa : Apa jadahnya dengan orang kita sekarang, 
maaflah kalau bahasa kasar, tp inilah hakikat orang melayu sekarang, 
mana otak diletak? mana iman di dada?
 sampai sanggup keluarkan kenyaataan dekat fb macam tu,
apakah otak-otak dan pemikiran kita sudah critical?
 tak abis-abis lagi dengan ugut bunuh, 
mana semangat Ikhwan saudara seIslam? mana semangat perjuangan melayu?
 apabila satu bangsa utamakan bangsa inilah akibatnya,
sebab hatinya kosong dan jahil,tapi jika satu bangsa utamakan islam,
tidak akan jadi begini geng-geng, 
sebabnya ada hadis sohih lebih kurang maknanya Nabi SAW sabda
" Tidak beriman seseorang dari kamu jika tidak mencintai saudara kamu lebih dari diri kamu sendiri " 
beza kita dengan para sahabat,kalau wujud 80 petala langit dan 80 petala bumi, 
mesti beza kita bagaikan 80 petala bumi dan 80 petala langit jika nak dibandingkan,
tanya lah hati masing-masing.. Wallahu-alam

Post a Comment

0 Comments

Follow Sini