Pelajar Maahad Saniah meninggal dunia ketika duduki SPM



PASIR PUTEH - Seorang pelajar Maahad Saniah di sini meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang menduduki peperiksaan kertas satu Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi.
Kematian Nursyazwani Arifin, 17, disahkan oleh doktor sejurus diberi rawatan kecemasan di Hospital Tengku Anis kira-kira 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata, pihaknya kini menunggu keputusan bedah siasat unit forensik Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengetahui punca kematiannya kerana Nursyazwani dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit kronik.
Bapanya Arifin Deraman, 48, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut membawa Nursyazwani ke hospital selepas diberitahu mengenai insiden itu kira-kira 8.45 pagi, katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini.
Sementara itu, Arifin ketika ditemui berkata Nursyazwani pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu sebelum ini. - Sumber

Post a Comment

0 Comments

Follow Sini