Tips memburu khusyuk dalam solat



Alhamdulilllah, di dalam dunia yang serba moden ini pastinya ramai diantara kita yang sudah mula sedar kewajipan ke atas diri kita dan mencari-cari sinar agama, Ramai juga sedaya upaya untuk melakukan solat kerana takut akan akibatnya dengan meninggalkan solat, persoalannya di sini apakah kita boleh menyempurnakan solat kita dengan kehadiran hati kita didalam solat 100%, ini kerana ia adalah sesuatu yang amat sukar untuk kita gapai, sememangnya kita solat 5 waktu 1 hari, apakah kesemuanya diterima Allah SWT, Wallahu-alam, Khusyuk bukanlah suatu yang mudahkerana ia merupakan suatu perkara yang amat bernilai di mana kita tidak aakan mampu untuk membeli malah menjualnya sebaliknya kita hanya boleh memilikinya dengan merasainya sahaja, menerusi penulisan ini harap sedikit sebanyak boleh membantu kita untuk menuju ke arah khusyuk, namun janganlah beranggapan bahawa stelah membaca penulisan ini kita akan terus meraih khusyuk, anggap sajalah ini merupakan satu medium serta usaha untuk meningkatkan lagi kuality solat kita dengan izin Allah SWT..

Tip Menuju Khusyuk Solat 

1-Menjaga makan minum, ini kerana khusyuk itu berkaitan dengan Hati, oleh itu hati mestilah diperlihara kesucianya, usahakan sumber makan dan minum kita yang halal lagi baik, tetapi jangan kita solat dalam keadaan kita lapar dan haus, utamakan kesederhanaan, itu yang terbaik didalam islam

2 -Mengambil wuduk dengan tenang dan sempurna, ini memerlukan Ilmu, Jadi pelajarilah bagaimana berwuduk dengan sempurna, kerana didalamnya mempunyai rahsia yang tak diketahui oleh sesiapa pon,seperti mana kisah Rasullullah bermimpi bunyi terumpah saiyidina bilal RA, apa rahsianya? Ia cume sentiasa berada dalam keadaan berwuduk sahaja, dan kita wajib pelajari Rukun,Sunnah,Membatalkan wuduk dan syarat-syaratnya supaya wuduk kita menjadi sempurna

3- Membersihkan diri, Bersugi dan bersiwaklah, dalam konteks sekarang menggosok gigi sebelum mengerjakan solat,

4 -Selesaikan dahulu hadas kecil dan hadas besar, ini kerana makruh jika bersolat dalam keaadan mau membuang hadas kecil mahupon hadas besar,

5 -Memakai pakaian yang sopan, bersih dan kemas, selesa dan wangi,

6 -Solat dalam keadaan selesa, jauh dari bunyi-bunyian, tempat yang bersih, dan cuba jauhkan dari sejadah yang banyak gambar ini kerana ia akan terleka semasa solat, jauhi juga dari gambar atau tulisan-tulisan, dan jauhi dari tempat yang bising,

7 -Menguasai Ilmu tentang solat, Rukunnya,syarat sahnya,perkara membatakanya,dan Sunnah-sunnahnya, disebut dalam satu kitab didalam solat mempunyai lebih 500 sunat yang boleh diamal, Kelebihan di akhir zaman ini, 1 sunnah diamalkan pahalanya 100x mati syahid.. Subhanallah

8 -Mengurangkan pergerakan anggota di dalam solat,anggota seperti tangan,kai,dan tumpukan mata di tempat sujud sahaja,

9 -Persiapkan diri dengan membaca surah-surah atau istiazah sebelum solat,ia bagaikan memanaskan badan sebelum memulakan sesuatu tanggungjawab berat,ini kerana Solat ialah Tiang Agama, dan solat juga yang pertama akan ditanya Allah Di hari Hisab kelak,

10 -Meletakkan apa-apa penghadang di depan supaya tempat solat tidak dilalui orang yang lalu-lalang di situ ketika kita mendirikan solat,

11 -Mendirikan solat Awal waktu supaya tidak tergopoh-gopoh ketika masa hampir luput, Ada Hadis mengatakan lebih kurang maknanya, "Para sahabat menanya Rasullallah SAW apakah ada perkara yang lebih baik dari berjihad Ya Rasullallah? Rasullallah menjawab Solat Di Awal waktu lebih baik dari berjihad, Subhannallah

12 -Mendirikan solat berjemaah bagi lelaki, Wanita tidak digalakkan berjemaah di surau atau masjid,

13 -Azan dan iqamah dahulu sebelum bersolat,walaupon hendak bersolat sendirian,ataupon sekurang kurangnya iqamah sahaja,

14 -Menjaga mata daripada melihat perkara yang terlarang oleh islam ketika dimana-mana anda berada, ini kerana mata memberikan respon yg kuat pada hati dan otak kita lebih-lebih lagi dengan perkara-perkara yang di larang oleh islam,

15 -Terbitkan didalam hati, Bahawasanya Allah itu melihat kita, meilhat apa yang terlintas didalam hati kita,melihat apa yang kita berfikir ketika solat, insyaAllah akan ada sedikit khusyuk jika kita mempunyai iman sebegitu, Wallahu-Alam


Semoga kita boleh mengamalkannya dan menyampaikan pada sesiapa sahaja insyaAllah
Sumber - Epy Taufik 

Post a Comment

0 Comments

Follow Sini