Kedah Juara Piala Malaysia 2016, Pengumuman Cuti Esok Bagi Negeri Kedah


SHAH ALAM: Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi 120 minit perlawanan termasuk 
30 minit masa tambahan.
Penjaring Kedah pada minit ke-51 ialah Mohd Rizal Mohd Ghazali sementara penjaring Selangor pada minit ke-59 Ahmad Hazwan Bakri.

Manakala Di Kedah, Kerajaan negeri Kedah mengumumkan bahawa negeri Kedah akan cuti peristiwa esok (Isnin) 31 Oktober 2016 bersempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 sekiranya Skuad Helang Merah berjaya menjuarai aksi final Piala Malaysia 2016 menentang pasukan Selangor Berhubung dengan cuti peristiwa berkenaan, ia diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga merangkap sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)

Mengulas lanjut tentang cuti peristiwa tersebut, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memaklumkan pengumuman cuti peristiwa itu, selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951 Menurut beliau lagi, jika majikan tidak boleh memberikan cuti pada hari itu, majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda pada hari berkenaan Bagaimanapun, majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan hari Isnin tersebut kepada hari lain tetapi masih tertakluk kepada peraturan undang-undang yang berkaitan Dalam pada itu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut mengumumkan imbuhan berupa wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang menanti pemain Kedah sekiranya berjaya menewaskan Selangor pada aksi final Piala Malaysia ini Perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 edisi ke-90 membabitkan Skuad Helang Merah, Kedah menentang pasukan Selangor akan berlangsung di Stadium Shah Alam bermula pada jam 9:00 malam Ahad, 30 Oktober 2016

Pautan Sumber Asal » mysumber

Post a Comment

0 Comments

Follow Sini