Dua maut tiang konkrit jatuh dari treler (7 GAMBAR)



Dua maut tiang konkrit jatuh dari treler
Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dipercayai susulan daripada beberapa tiang konkrit jatuh dari treler di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Terowong Menora di Kuala Kangsar, malam ini.
Difahamkan beberapa tiang konkrit dibawa treler berkenaan jatuh atas jalan dan turut terpelanting memasuki laluan bertentangan dan mengenai beberapa kenderaan di kedua-dua arah lebuh raya terbabit.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 9.13 malam.
“Maklumat awal mendapati dua lelaki maut dan setakat ini dua wanita cedera membabitkan sebuah kereta susulan kejadian itu.
“Dilaporkan terdapat beberapa kenderaan terbabit kemalangan disebabkan pelanggaran dari arah belakang daripada tiang konkrit yang menghempap kenderaan pertama,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau berkata, mangsa yang maut tersepit di dalam kereta manakala dua wanita cedera itu sudah dihantar ke hospital dengan ambulans.
Menurutnya, operasi mengeluarkan mangsa tersepit sedang dijalankan dan jumlah mangsa lain yang cedera atau terbabit dalam kejadian itu belum dapat dipastikan.








Post a Comment

0 Comments

Follow Sini