KISAH SEBENAR SERIGALA JADIAN YANG TIDAK KITA KETAHUI !



Gelap Gelita Sesudah Terang Benderang.
Bacakanlah kpd mereka, berita org yg telah Kami berikan ayat-ayat Kami kpdnya, kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah dia termasuk di dalam golongan yg sesat.

Dan sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami tinggikan darjatnya dgn ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-matian cenderung kpd dunia & mengikuti keinginannya, maka perumpamaannya adalah seperti anjing, jika kamu menghalaunya ia menjulurkan lidahnya termengah-mengah, & jika kamu membiarkannya ia juga menjulurkan lidah-nya. Demikianlah perumpamaan org2 yg mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu, agar mereka berfikir. QS 7;175

Dia seorang ulamak besar yg telah banyak mengenal alQuran, & tahu membezakan mana hadis yg soheh; mana yg dhaif & mana yg palsu. Pendek kata dia telah terhitung ahli hafis dalam ayat-ayat Allah, fasih menyebut, tahu hukum halal & hukum haram, tahu fekah, tahu tafsir, tahu segala-galanya.

Tetapi rupa-rupanya semata-mata mengenal ayat-ayat Allah sahaja, jika tidak pandai mengendalikan hawa nafsu, maka ilmu tentang ayat-ayat Allah itu tidak memberi apa-apa faedah, bahkan dia terlepas tertanggal dari ayat-ayat itu, seperti ular menyalin kulit, kerana agama itu tidak ada didalam dirinya lagi…Allahhu Akbar!! Kerana akhlaknya telah rosak binasa.

Kerana hawa nafsu serakahlah, maka ayat-ayat yg telah diketahui itu tidak lagi membawa terang kedlm jiwanya, melainkan gelap gelita. Akhirnya diapun menjadi anak buah pengikut syaitan, sehinggakan ayat-ayat yg dia telah kenal & hafal itu disalahgunakan. Dia pun bertambah lama bertambah sesat.

Perumpamaannya spt org telah lama bertahun tinggal di Mekah, & telah dianggap alim besar oleh org ramai, tetapi oleh kerana disesatkan oleh syaitan dia menjadi seorang pemabuk & tidak pernah bersolat lagi. Lalu orang bertanya, “mengapa kamu jadi pemabuk?” Dia menjawab, “Tidak ada satu pun ayat dari alQuran @ hadis yg menerangkan org pemabuk masuk neraka” & org bertanya lagi, “mengapa kamu tidak solat,” Dia menjawab, “Dlm Quran surah Ma’un ada menyebut bahawa neraka wailun utk org yg solat”. Maka kerana dia telah tersesat, dipakainya ayat alQuran yg dia hafal utk mempertahankan kesesatannya dgn jalan yg salah. Dia masih hafal ayat-ayat & hadis-hadis itu tapi ayat-ayat itu semua sudah lama tertanggal dari dlm jiwanya, & dia telah tinggal dlm keadaan bertelanjang.- Na’uzhubillah min dzalik.

Jikalau Allah menghendaki, dia boleh naik, diangkat kemartabat Yang Mulia kerana ayat-ayat Allah yg diketahuinya itu boleh memberikan cahaya kpdnya. Tetapi bagaimana Allah hendak mengangkatnya, padahal dia sendiri lebih suka melekat di bumi, sebab hawanafsunya telah menang keatas jiwanya. Artinya jiwanya itu telah rosak binasa.
Alangkah hinanya perumpamaan yg diberika Allah kpdnya, SPT anjing yg selalu kehausan, lidahnya yg terjulur kerana tidak pernah puas-puas, kerana tamaknya. Walaupun sudah dihalau pergi, tapi lidahnya masih terjulur, kerana masih haus & masih belum kenyang. Dan jika dibiarkan begitu saja, lidahnya dijulurkan juga. Cuba perhatikan dgn teliti, mengapa binatang yg satu itu selalu menjulurkan lidah? Kerana ia tidak pernah merasa puas, tambahan pula disiang hari ketika panas terik, dia menjulurkan lidah kerana merasa selalu belum kenyang, jerana hawanafsunya belum dipenuhi. Bilakah hawanafsu itu akan penuh?
Allah sendiri mengakui memang amat buruk perumpamaan itu, mereka disamakan dgn anjing yg selalu kehausan, selalu menjulurkan lidah kerana sentiasa tidak puas. Perhatikan dgn teliti, Allah itu telah ada dalam dirinya, lalu dia muntahkan kembali, dia perturutkan pimpinan syaitan, lalu dia tersesat. Mau diangkat naik, dia tidak mahu, dia tetap melekat dibumi, sebab yg berkuasa diatas dirinya bukan lagi iman, malainkan nafsu, sedangkan batas kehendak nafsu itu tidak ada jika tidak dibatasi dgn hidayat Allah, padahal hidayat Allah itulah yg dia dustakan. Janganlah hendaknya bertemu pada diri kita. Jika demikian lekas-lekaslah mendekati Allah.

Sekian, jaga diri & hiasi peribadi.

Nota Ibnu Abbas; Orang ini ialah Bal’am bin Ba’ura seorang waliuallah yang banyak mendapat ilmu kebesaran Asmaulhusna. Raja negeri itu telah menyuruh Bal’am mendoakan kepada Allah supaya Musa dan tenteranya dibinasakan Allah sebelum masuk ke Palestin, lalu Bal’am dilaknat Allah menjadi kepala anjing tubuh manusia (serigala jadian).

Post a Comment

0 Comments

Follow Sini